Image Banner

SMI : KAMIL PERINGKAT NEGERI

Alhamdulillah telah selesai perjuangan SMI ARAB ILMI mewakili zon SIP (sekolah Islam Persendirian) dalam pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat Negeri anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berlangsung di SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 dan SAM Muhammadiah Sabak Bernam pada 26 hingga 27 Julai 2024 yang lalu.
 
SMI ARAB ILMI telah menyertai acara Nasyid Lelaki, Musamarah Lelaki dan Tajhiz Jenazah Perempuan dan ini merupakan penyertaan kali kedua sekolah dalam KAMIL NEGERI yang mana tahun lepas hanya satu acara sahaja yang disertai iaitu Tajhiz Jenazah Lelaki. Pencapaian mewakili 3 acara ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.
 
Para pelajar yang mewakili setiap acara telah menunjukkan aksi dan persembahan yang sangat menarik dan hebat setaraf dengan sekolah-sekolah SAM dan MITS yang serba lengkap dan guru berkemahiran. Ini menunjukkan walaupun sekolah kita hanya deretan rumah kedai namun mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah yang fasiliti lengkap dan lain-lain sekaligus membuka mata pihak lain untuk lebih mengenali SMI ARAB ILMI. Tahniah!
 
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing yang telah membimbing tanpa mengenal erti penat lelah, wang ringgit dan waktu siang malam demi memastikan para peserta menunjukkan persembahan yang terbaik. Tidak dilupakan jurulatih-jurulatih luar seperti Ustaz Aidil, Ustaz Naem dan IbuAyah kepada Ariq dan Irfan serta alumni-alumni yang turut tidak jemu memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman bagi memastikan peserta dapat memahiri setiap acara yang disertai.
 
Pihak sekolah turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru SMI dan SRII yang terus memberi sokongan dari sudut teknikal dan semangat, para ibubapa yang memberi keizinan, kewangan dan doa serta para penyumbang yang sudi membantu melancarkan perjalanan dan pergerakan ke KAMIL ini.
Semoga kita mampu menghasilkan kejayaan lebih baik pada tahun mendatang. Jumpa lagi dalam KAMIL 2025.
 
Tahniah dan terima kasih semua!
 
_Unit Sukan & Kokurikulum ILMI_
LAGI

SMI : KEJAYAAN LUAR BIASA DI KAMIL

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI (KAMIL) SEKOLAH TAHFIZ & AGAMA PERINGKAT NEGERI SELANGOR (ZON 5)
 
Alhamdulillah telah selesai berlangsung pertandingan KAMIL Sekolah Tahfiz & Agama Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Akademi Pengajian Islam, UiTM Shah Alam.
 
Kontinjen ILMI yang mewakili Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) telah menyertai sebanyak 15 acara yang dipertandingkan.
 
Berikut adalah keputusan yang diumumkan:-
 
SMI ARAB ILMI
 
*Juara Nasyid Lelaki*
*Juara Tajhiz Jenazah Perempuan*
*Juara Musamarah Lelaki*
*Naib Juara Tajhiz Jenazah Lelaki*
*Naib Juara Khutbah Menengah Rendah*
*Ketiga Syarahan Bahasa Melayu Menengah Rendah Lelaki*
*Ketiga Syarahan Bahasa Arab Menengah Rendah Lelaki*
*Ketiga Khutbah Menengah Atas*
 
Tahniah kepada semua pemenang yang telah berjaya mendapat nombor dalam acara yang disertai. Kejayaan sangat LUARBIASA!
 
 
Sebagai makluman, *Pasukan Nasyid Lelaki, Tajhiz Jenazah Perempuan dan Musamarah Lelaki* dengan kekuatan 39 orang kontijen akan mewakili Zon 5 Sekolah Tahfiz & Agama ke Peringkat Negeri Selangor Sekolah-Sekolah JAIS pada 26 dan 27 Julai nnt.
 
Semoga berjaya di peringkat seterusnya.
 
Tahniah juga kepada semua peserta yang terlibat walaupun kalah tetapi anda telah menang di hati warga ILMI. InsyaAllah tahun hadapan kita pulun!
 
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru pembimbing, dan semua guru serta penyumbang. Turut tidak dilupakan ibubapa ILMI yang menyokong penyertaan ini.
 
Tahniah!
 
LIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR DI SINI >>>> Album KAMIL
LAGI

SRII : KEJAYAAN DI MSSD

Team MSSD BOLA SEPAK SRII ILMI
 
Tahniah dan syabas kepada kapten bola sepak SRII ILMI, Muhammad Alif Haziq Bin Mohd Fauzi (6 Itqan) kerana telah berjaya menempatkan diri dalam pasukan bola sepak zon Ampang ke peringkat daerah Hulu Langat yang akan dipertandingkan pada minggu hadapan.
 
Semoga Alif Haziq dan pasukan bola sepak zon Ampang dapat buat yang terbaik dan mendapat kejayaan serta dihindari daripada sebarang kecederaan.
 
 
Team MSSD BADMINTON SRII ILMI
 
Tahniah dan syabas kepada wakil badminton Ilmi Perseorangan wanita , Aisyah Humaira kerana telah berjaya menempatkan diri dlm pusingan 16 individu terbaik selepas mengharungi 4 pusingan kalah mati.
 
Lebih mengujakan apabila beliau berjaya menewaskan Pemain yang di rankingkan Seeded No 5 dalam daerah.
 
Walaubagaimanapun perjalanan beliau terhenti di pusingan ke 5. Namun ini bukanlah penamat segala galanya kerana tahun ini adalah tahun pertama beliau menyertai acara ini dan masih berpeluang untuk mencapai kejayaan yang lebih indah pada tahun hadapan.
 
Semoga lebih ramai bakat-bakat yang dicungkil dan diasah di SRII ILMI.
 
Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat
LAGI

SRII : MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—œ๐—๐—ฅ๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐—› & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก
 
Tarikh : 5 Julai 2024 (Jumaat)
Tempat : Dataran ILMI
Masa : 7:45pg - 9:15pg
Penglibatan : Semua Guru & Murid
๐˜ผ๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ: UNIT BADAN DAKWAH & KEROHANIAN SRII ILMI
LAGI

SRI : KEMUNCAK KESAKTI SRII ILMI 2024

๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Alhamdulillah Kejohanan Sukan Tahunan SRII ILMI 2024 (KESAKTI'24) melabuhkan tirainya dengan menobatkan;
ย 
๐™…๐™ช๐™–๐™ง๐™– ๐™†๐™š๐™จ๐™š๐™ก๐™ช๐™ง๐™ช๐™๐™–๐™ฃ: KHANDAK (HIJAU)
๐™…๐™ช๐™–๐™ง๐™– ๐™‹๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ง๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ: TABUK (KUNING)
๐™Š๐™ก๐™–๐™๐™ง๐™–๐™œ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ: Muhammad Ashreeq Iman bin Mohd Asri (KHANDAK)
๐™Š๐™ก๐™–๐™๐™ง๐™–๐™œ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™ž: Nur Anisah binti Ahmad Rabani (TABUK)
ย 
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi di masa hadapan. Sehingga bertemu lagi!
ย ย 
30 Jun 2024 (Ahad)
7.00pg -12.00tgh hari
Kompleks Sukan Setiawangsa
ย 

ย 

LIHAT BANYAK LAGI GAMBAR Di SINI >>>>>>ย Album Gambar Kesakti SRII ILMI 2024ย 

LAGI

SRI : TAKWIM KESAKTI 2024

Sempena Kejohanan Sukan Tahunan ILMI (KESAKTI) 2024, pada 24 hingga 28 Jun 2024 akan berlangsung latihan sukantara, pertandingan sukantara, raptai perbarisan dan penyampaian hadiah sukantara.
 
 
๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ & ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ)
  • Acara Baling Bola dalam Bakul
  • Acara Tarik Bola Guna Gelung
  • Acara Peluk Bola
 
๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ‘ & ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ’)
  • Acara Susun Tin
  • Acara Gelukon
  • Acara Bola Lanun
 
๐“๐š๐ก๐š๐ฉ ๐Ÿ‘ (๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ“ & ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ”)
  • Acara Susun Tapak
  • Acara Push Roller
  • Acara Lantun dan Masuk
 
Kemuncak KESAKTI 2024 adalah pada 30 Jun 2024 yang menjadi penentu rumah sukan manakah bakal bergelar JUARA KESELURUHAN KESAKTI 2024
 
 
 
 
Selamat Maju Jaya kepada semua!
LAGI

SMI : KAMIL GASIS 2024

Alhamdulillah kemenangan yang sangat bermakna buat ILMI sekaligus melayakkan ILMI mewakili GASIS ke Saringan Negeri menentang sekolah2 PITAS yang akan berlangsung pada 13 Julai 2024 di UiTM Shah Alam.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pembimbing yang telah memberi komitmen terbaik seterusnya menghasilkan keputusan yang membanggakan ini.
 
Terima kasih ibubapa yang memberi sokongan dan dorongan, pihak SRII yang memberi laluan menggunakan surau, bilik APD dan Intensif bagi melancarkan lagi latihan2 peserta KAMIL. Tidak dilupakan juga kepada pihak PIBG yang sentiasa menyokong usaha melahirkan bakat-bakat pelajar.
 
Next misi Juara di Saringan Negeri PITAS.
 
KEPUTUSAN RASMI KAMIL GASIS 2024
 
 
Johan
1. Khutbah MR
2. Khutbah MA
3. Hafazan MR (P)
4. Khat MR (L)
5. Nasyid (L)
6. Nasyid (P)
7. Musammarah (L)
8. Khat MA (P)
9. Syarahan Bahasa Melayu MR (L)
10. Syarahan Bahasa Inggeris MR (P)
11. Syarahan Bahasa Arab MR (L)
12. Tilawah MR (L)
 
Naib Johan
1. Khat MA (L)
2. Hafazan MR (L)
3. Khat MR (P)
4. Syarahan Bahasa Melayu MA (P)
5. Syarahan Bahasa Inggeris MR (L)
6. โ Debat Bahasa Melayu
 
Tempat ketiga
1. Tilawah MA (P)
2. Syarahan Bahasa Melayu MR (P)
 
 
 
Unit Sukan & Kokurikulum ILMI
 
LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner